Ramadhan d’ Bilik Bimbingan & Kaunseling

Sepanjang  bulan Ramadhan al-Mubarak unit UBK telah mengurangkan aktiviti bercorak pencegahan seperti program-program besar sebaliknya tertumpu kepada aspek pencegahan melalui  kelas-kelas bimbingan iaitu 10 masa dalam seminggu. Aspek yang menjadi perhatian pihak UBK ialah aspek pemulihan yang memberi fokus kepada sesi individu dan sesi kelompok. ini kerana pihak kaunseling menanam kepercayaan dan mengambil pendekatan bahawa sesi individu dan kelompok lebih berkesan dengan kedatangan keberkatan bulan Ramadhan. Situasi para pelajar yang lapar dan dahaga akan digunakan sepenuhnya dalam membentuk dan mendidik seterusnya memperkasakan peribadi pelajar.

Pada bulan Ramadhan ini sikap dan tingkahlaku pelajar akan menjadi kurang agresif berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Melalui pendekatan kaunseling perspektif Islam dapat membantu para pelajar mengenali diri sebagai hamba dalam memenuhi dan mematuhi kehendak Allah pencipta alam.

Sikap tolenrasi, sabar, mengakui kesilapan dan mengucap perkataan maaf, menghormati guru dan mengasihi sesama rakan akan diterapkan melalui aktiviti rutin yang akan dilaksanakan. Diharapkan segala usaha yang dibuat mendapat keberkhatan dan membuahkan hasil yang diharapkan. Selamat menjalani ibadah puasa daripada kami warga UBK Skomas.

Sekian.                                                                                                                                                           Dari Bilik Kaunseling

This entry was posted on Tuesday, August 16th, 2011 at 6:50 am and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

Leave a Reply