Program Easy Add Math: Slot Motivasi UBK

Program easy add math yang dianjurkan oleh panitia matematik tambahan akan  berlangsung selama 3 hari iaitu pada 25 hingga 27 oktober 2013 bertempat di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Sasaran program adalah para pelajar yang mengambil matapelajaran add math seramai 80 orang daripada kelas aliran sains. Menariknya program ini ialah pada permulaan program UBK diberi ruang untuk menyalakan api semangat kepada para pelajar melalui slot motivasi yang akan di dikendalikan oleh En. Shahrulazuan Ahmad dengan dibantu oleh En. Rosman Abd Rahman sebagai ko-motivator. Dijangkakan slot akan memakan masa selama 2 jam.  Diharapkan program ini dapat membantu pelajar mengenali diri seterusnya berjaya menentukan sasaran dan mengambil tindakan proaktif dalam menghadapi pecutan akhir peperiksaan SPM.

Kunci kejayaan adalah hadapi, hayati dan nikmati. Bila sekali kita menghadapi 1 kesusushan, Allah pasti memberi 2 kali motivasi agar kita sentiasa optimis. ” Sesungguhnya setiap sesudah kesusahan pasti ada kesenangan”.. Alam Nasroh ayat 5.

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM SMK Kota Masai 2013

This entry was posted on Tuesday, October 22nd, 2013 at 8:15 am and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

Leave a Reply