Author Archive
Kejayaan yang telah di capai oleh pelajar SMK Kota Masai (SKOMAS) pada pertandingan Syarahan Agama 2013 MTQSS (Majlis Tadarus Al-Quran) KPM :
1. JOHAN ZON MASAI
-Mohd Arif Hakimi ( 4CL )
- Nur Auni Nabilah Bt Md Natar ( 2AR )
2. JOHAN DAERAH
- Nur Auni Nabilah Bt Md Natar ( 2AR )
3. NAIB JOHAN DAERAH
- Mohd Arif Hakimi ( 4CL )
4. JOHAN NEGERI JOHOR SYARAHAN AGAMA PEREMPUAN
- Nur Auni Nabilah Bt Md Natar ( 2AR )
Tahniah kepada wakil pelajar SMK Kota Masai (SKOMAS) yang telah mendapat kejayaan dalam Pertandingan Bahas Ala parlimen (BM) yang telah berlangsung pada hari SABTU bertarikh 24 April 2013. Kejayaan SMK Kota Masai adalah :
1. NAIB JOHAN DAERAH
Final : SMK Kota Masai (Pembangkang) VS SMK Pasir Gudang 1
Usul : Pemberian Subsidi Wajar Diteruskan
2. PIDATO DIRAJA BM DAERAH
NAIB JOHAN – Siti Khadijah Bt Zaini
3. DRAMA KOMSAS BM (DAERAH)
NAIB JOHAN
Pada hari jumaat bersamaan 12 April 2013, seluruh wrga SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah bersedih kerana Mantan PK Pentadbiran iaitu Pn Hajah haniza bt Hussin telah berpindah ke SMK Johor Jaya 2. Majlis perpisahan itu telah menitiskan air mata para guru, pihak staf dan juga warga pelajar SKOMAS kerana hilangnya Puan Hajah Haniza adalah satu kehilangan yang amat besar kepada pihak SKOMAS. Terima Kasih dari kami warga SKOMAS kepada Puan Hajah Haniza Bt Hussin atas tunjuk ajar, dan juga segala ilmu didikan puan hajah yang telah merubah kami menjadi warga SKOMAS yang cemerlang dan bersatu padu.
Klik Di Bawah Untuk Lebih Banyak Rakaman Peristiwa
Pada tanggal 23 Februari 2013 iaitu bersamaan hari sabtu, telah di jalankan satu mesyuarat PIBG yang bertempat di bawah kolong pusat sumber di SMK Kota Masai. Objektif mesyuarat PIBG ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Ibubapa dan juga pihak sekolah kerana dari kerjasama ini akan mewujudkan sekolah yang baik dan harmoni.
Klik Di Bawah Untuk Lebih Banyak Rakaman Peristiwa
Pada tanggal 25 Januari 2013 bersamaan hari khamis, SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah menjayakan satu program iaitu “Sambutan Maulidur Rasul SKOMAS 2013″ bertempat di bawah kolong pusat sumber SKOMAS. Majlis telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan juga mencapai objektif yang ditetapkan.
Klik Facebook SKOMAS untuk melihat lebih banyak gambar





































































