Archive for the Category » Rakaman Peristiwa «

Kejayaan : Syarahan Agama 2013 MTQSS KPM

Kejayaan yang telah di capai oleh pelajar SMK Kota Masai (SKOMAS) pada pertandingan Syarahan Agama 2013 MTQSS (Majlis Tadarus Al-Quran) KPM :

1. JOHAN ZON MASAI

-Mohd Arif Hakimi ( 4CL )

- Nur Auni Nabilah Bt Md Natar ( 2AR )

2. JOHAN DAERAH

- Nur Auni Nabilah Bt Md Natar ( 2AR )

3. NAIB JOHAN DAERAH

- Mohd Arif Hakimi ( 4CL )

4. JOHAN NEGERI JOHOR SYARAHAN AGAMA PEREMPUAN

- Nur Auni Nabilah Bt Md Natar ( 2AR )

Kejayaan : Pertandingan Bahas Ala Parlimen (BM)

Tahniah kepada wakil pelajar SMK Kota Masai (SKOMAS) yang telah mendapat kejayaan dalam Pertandingan Bahas Ala parlimen (BM) yang telah berlangsung pada hari SABTU bertarikh 24 April 2013.  Kejayaan SMK Kota Masai adalah :

 

1. NAIB JOHAN DAERAH

Final : SMK Kota Masai (Pembangkang) VS SMK Pasir Gudang 1

Usul : Pemberian Subsidi Wajar Diteruskan

 

2. PIDATO DIRAJA BM DAERAH

NAIB JOHAN – Siti Khadijah Bt Zaini

 

3. DRAMA KOMSAS BM (DAERAH)

NAIB JOHAN

Majlis Perpisahan PK Pentadbiran SKOMAS

Pada hari jumaat bersamaan 12 April 2013, seluruh wrga SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah bersedih kerana Mantan PK Pentadbiran iaitu Pn Hajah haniza bt Hussin telah berpindah ke SMK Johor Jaya 2. Majlis perpisahan itu telah menitiskan air mata para guru, pihak staf dan juga warga pelajar SKOMAS kerana hilangnya Puan Hajah Haniza adalah satu kehilangan yang amat besar kepada pihak SKOMAS. Terima Kasih dari kami warga SKOMAS kepada Puan Hajah Haniza Bt Hussin atas tunjuk ajar, dan juga segala ilmu didikan puan hajah yang telah merubah kami menjadi warga SKOMAS yang cemerlang dan bersatu padu.

 

 

Klik Di Bawah Untuk Lebih Banyak Rakaman Peristiwa

Klik Untuk Ke Facebook SKOMAS THE BEST

Mesyuarat PIBG SKOMAS 2013

Pada tanggal 23 Februari 2013 iaitu bersamaan hari sabtu, telah di jalankan satu mesyuarat PIBG yang bertempat di bawah kolong pusat sumber di SMK Kota Masai. Objektif mesyuarat PIBG ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Ibubapa dan juga pihak sekolah kerana dari kerjasama ini akan mewujudkan sekolah yang baik dan harmoni.

Klik Di Bawah Untuk Lebih Banyak Rakaman Peristiwa

Klik Untuk Ke Facebook SKOMAS THE BEST

Sambutan Maulidur Rasul 2013 SKOMAS

Pada tanggal 25 Januari 2013 bersamaan hari khamis, SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah menjayakan satu program iaitu “Sambutan Maulidur Rasul SKOMAS 2013″ bertempat di bawah kolong pusat sumber SKOMAS. Majlis telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan juga mencapai objektif yang ditetapkan.

 

Klik Facebook SKOMAS untuk melihat lebih banyak gambar

Klik Untuk Ke Facebook SKOMAS THE BEST

Temasya Balapan & Padang SKOMAS

Pada Hari Sabtu bersamaan 07/07/2012, telah berlangsungnya Acara Temasya Balapan Dan Padang SKOMAS. Majlis ini disiarkan secara langsung ( LIVE STREAMING ) di laman web www.smkkotamasai.com pada SKOMAS TV. Segala perjalanan majlis berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang.

Video Rakaman Peristiwa :

1. Perbarisan Unit Beruniform & Rumah Sukan Part 1

2. Perbarisan Unit Beruniform & Rumah Sukan Part 2

3. Persembahan Pelajar Part 1

4. Persembahan Pelajar Part 2

5. Ucapan Perasmian

6. Larian Atlet SKOMAS

7. Upacara Akhir Sukan & Majlis Penutup

Merentas Desa SKOMAS 2012

Alhamdulillah SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah melaksanakan Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah dengan jayanya dan penuh berkat dari Allah s.w.t. Program ini terdiri dari 6 kategori iaitu kategori L13, L15, L18 dan juga P13, P15 dan P18. Jarak bagi peserta lelaki adalah sejauh lebih kurang 8 KM manakala pelajar perempuan pula lebih kurang 4 KM.

Video Rakaman Peristiwa :

1. Warming Up di Padang SKOMAS

2. Senam Robik Pelajar SKOMAS

3. Pelepasan Pelajar SKOMAS Merentas Desa

4. Larian Merentas Desa Part 1

5. Larian Merentas Desa Part 2

6. Larian Merentas Desa Part 3

7. Larian Merentas Desa Part 4

8. Penamat Larian Dan Pemenang

9. Penyampaian Hadiah Part 1

10. Penyampaian Hadiah Part 2

Ceramah Israk Mikraj SKOMAS

Pada hari ISNIN ( 18/6/2012) telah berlangsungnya program ceramah israk mikraj untuk pelajar sesi pagi dan petang di dataran terbuka bawah kolong pusat sumber SKOMAS. Program tersebut bertujuan memupuk kesedaran pelajar tentang kisah di sebalik israk mikraj dan penhayatan di sebalik darinya. Alhamdulillah.

RAKAMAN PERISTIWA :

Program Bina Sahsiah SKOMAS

Program Bina Sahsiah SKOMAS telah dijalankan selama 3 hari bermula hari JUMAAT ( 15/6/2012) hingga AHAD ( 17/6/2012) yang berlangsung di R&R Kota Minda di Kota Tinggi. Semoga Program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya disiplin dalam hidup para pelajar.

RAKAMAN PERISTIWA :

 

Perjumpaan Kokurikulum SKOMAS

Pada hari sabtu bersamaan 11 April 2012, telah diadakan Perjumpaan untuk unit Kokurikulum bersama pelajar-pelajar SKOMAS. Pada hari tersebut diadakan 3 perjumpaan badan kokurikulum iaitu pembahagian pelajar kepada SUKAN/PERMAINAN, BADAN BERUNIFORM dan juga KELAB/PERSATUAN. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

RAKAMAN PERISTIWA :


Untuk gambar yang lebih banyak..sila layari facebook page SKOMAS THE BEST…

Klik Untuk Ke Facebook SKOMAS THE BEST