PROGRAM 100 HARI SPM

KHAMIS, 16 JUN 2016
100hariCollage1

Khamis, 16 Jun - Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan SKOMAS telah mengambil pendekatan dengan melancarkan Program 100 Hari Menjelang SPM yang telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Puan Hajah Jamiaah binti Kechut, Pengetua SMK Kota Masai. Antara matlamat program ini adalah  memastikan bahawa tahap kebersediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan adalah pada tahap terbaik dan optimum. Ia juga bertujuan meningkatkan prestasi setiap pelajar secara individu, prestasi mata pelajaran dan prestasi sekolah amnya dalam peperiksaan SPM 2016.

Leave a Reply