PT3 & SPM & TAKWIM PEPERIKSAAN 2018

Home » KURIKULUM » PT3 & SPM & TAKWIM PEPERIKSAAN 2018

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA(PT3)

        Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, atau deiperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah(PMR) yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencukupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Namum, Pentaksiran Tingkatan Tiga diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama. Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-celon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

 

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM)

        Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas. SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia unttuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil kursus luar negara seperti A-level.

 

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2018

BIL PERKARA TARIKH CATATAN
PEPERIKSAAN DALAMAN
1 UJIAN 1: TING 1 - 5 26 FEB 2018: ISNIN TBC: 16 FEB (JUMAAT)
2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN: CUTI PERTENGAHAN TAHUN: 8 - 23 JUN
a) TING 4 & 5 3 MEI - 31 MEI 2018
b) TING 1, 2 & 3 23 MEI - 31 MEI 2018
3 PEPERIKSAAN PERCUBAAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2: 17 - 25 OGOS
a) PT3 8 - 15 OGOS 2018
b) SPM 8 OGOS - 13 SEPT 2018
4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN CUTI DEEPAVALI: 6 NOVEMBER SPM: 12 NOVEMBER
a) TING 4 2 - 31 OKTOBER 2018
b) TING 1 & 2 22 - 31 OKTOBER 2018
JANGKAAN PEPERIKSAAN DALAMAN
1 PT3 (UJIAN BERTULIS) 8 - 11 OKTOBER 2018
2 SPM MULAI 12 NOVEMBER 2018 DEEPAVALI: 6 NOVEMBER