Sejarah Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN SMK KOTA MASAI

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Taman Kota Masai, lebih kurang 38 km dari bandar raya Johor Bahru. Ia dibina di kawasan perumahan Kota Masai, berhampiran dengan Politeknik Johor Bahru dan terletak lebih kurang 4 km dari pusat bandar Pasir Gudang dan bandar Masai. Sekolah ini mula dibina pada akhir tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada 20 Mei 2003. Ia mula beroperasi pada 1 Ogos 2003. Nama SMK Kota Masai diambil sempena nama sebuah taman perumahan berhampiran iaitu Taman Kota Masai. Sekolah ini mempunyai 2 blok pentadbiran, 2 blok bilik darjah, sebuah blok makmal, bengkel, surau, 2 buah makmal komputer, pusat sumber, tempat letak basikal, parkir kereta guru, padang bola sepak dan tapak gelanggang permainan. Sekolah ini telah mengadakan Majlis Perasmian pengoperasiannya pada tanggal 17 September 2003. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria b Haji A. Shukor, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor. Antara pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah seperti berikut : 1.Tn. Hj Jamaluddin bin Arbai'ee (2003 - 2005) 2 Tn. Hj Abd Rahim bin Ahmad (2005 - 2007) 3.Tn. Hj Nasuha bin Paiman (2007 - 2010) 4.Tn. Hj Bahren bin Osman (2010 - 2011) 5.Tn. Hj Ibrahim bin Abdul Rahman (2012-2013) 6.Pn. Hjh. Jamiaah binti Kechut (2013-Kini)

Leave a Reply