MESEJ PENGETUA

MESEJ PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web SMK Kota Masai. Pada kesempatan ini saya mengalu-alukan para pengunjung laman web ini. Harapan saya agar laman web ini akan dapat dijadikan wadah untuk memperkenalkan budaya serta kecemerlangan warga SKOMAS dalam bidang pengurusan, kurikulum dan kokurikulum kepada dunia luar.

Untuk menjadi insan yang cemerlang, kita perlulah memperkembangkan kuasa minda bagi melahirkan idea-idea yang kreatif dan kritis. Oleh itu, kita seharusnya bijak merebut peluang dan kemudahan yang disediakan. Rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan para pelajar harus berani menempuh anjakan paradigma ke era masyarakat bermaklumat dan berdaya saing.

Pembangunan laman web ini merupakan manifestasi usaha murni pihak sekolah mendokumentasikan pengurusan, kurikulum, dan aktiviti yang dijalankan agar dapat dijadikan rujukan dan tatapan semua.

Akhir kata, saya amat berharap agar kecemerlangan SKOMAS dalam pelbagai bidang akan terus dipertingkatkan dengan mencipta kejayaan-kejayaan baharu dan seterusnya melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut mempunyai budi bahasa dan akhlak yang mulia.

Sekian, terima kasih.

‘ SKOMAS Dihatiku 120px-3D_heart

PN. HJH. JAMIAAH BINTI KECHUT

Pengetua,

SMK Kota Masai

Leave a Reply