Profil PK

PENDIDIKAN KHAS SMK KOTA MASAI

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Meningkatkan sistem pendidikan berkesan bagi melahir dan mengembangkan potensi sedia ada pelajar pendidikan khas selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas seterusnya Falsafah Pendidikan Negara. VISI PENDIDIKAN KHAS Melahirkan pelajar berkeperluanĀ  khas yang boleh merealisasikanĀ  potensi diri dengan berkesan, berdisiplin dan bersahsiah mulia selaras dengan falsafah Pendidikan Khas MISI PENDIDIKAN KHAS Kami warga SMK Kota Masai komitedterhadap pencapaian sekolah dengan berusaha untuk:
  • Melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang kurikulum
  • Melibatkan semua pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni yang terpuji
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap
PIAGAM PELANGGAN PENDIDIKAN KHAS Kami warga SMK Kota Masai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
  1. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang konduksif kearah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi selaras dengan hasrat Pendidikan Negara.
  2. Memastikan sistem pendidikan terlaksana dengan lancar demi memenuhi Wawasan Sekolah dan Pendidikan Negara.
  3. Memastikan pelajaran dan pendidikan pelajar diberi keutamaan dan tidak melengkapkan atau membuang masa menyampaikan sesuatu pembelajaran.
  4. Menentukan sikap guru dan kakitangan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  5. Sentiasa peka dan responsif kepada keperluan pelajar, masyarakat dan negara sanggup menerima pandangan dan teguran membina.
  6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada pelanggan yang berurusan dengan kami.
  7. Memastikan staf mencukupi serta berdedikasi, iltizam, bertanggungjawab dan produktif.
  8. Menentukan segala surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
  9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Leave a Reply