PROGRAM BULAN DAKWAH

AHAD, 12 JUN 2016
DakwahCollage1

Ahad, 12 Jun - Pelancaran Program Bulan Dakwah telah dirasmikan oleh Puan Hajah Jamiaah binti Kechut, Pengetua SMK Kota Masai. Program ini bertujuan mendidik warga sekolah agar menghayati bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, pihak MAKDIS SKOMAS dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif untuk melancarkan Program Dakwah demi memastikan seluruh warga SKOMAS dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah.  

SAMBUTAN HARI GURU 2016

ISNIN, 16 MEI 2016 hariGuruPgCollage1
HariGuruCollage1

Isnin, 16 Mei - Majlis Sambutan Hari Guru SKOMAS 2016 telah diadakan dengan tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Pelbagai acara telah dirancang oleh Unit Kokurikulum SKOMAS bagi memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Dalam majlis tersebut, guru-guru memakai pakaian yang bertemakan warna hijau.

PROGRAM MINI KARNIVAL JOM MASUK KOLEJ KOMUNITI

RABU, 4 MEI 2016
sslcCollage1

Rabu, 4 Mei - Program Mini Karnival Jom Masuk Kolej Komuniti telah diadakan di Sanggar Ilmu Hj. Jamaluddin, SKOMAS. Program anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang dan SMK Kota Masai ini  dirasmikan oleh Encik Nordin bin Sariju, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang. Pelbagai pameran dan aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2015

SABTU, 23 APRIL 2016
AnugerahSPMCollage1

Sabtu, 23 Apr - Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 telah diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan anak-anak didik SKOMAS yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015. Semoga mereka akan terus berjaya hingga ke menara gading.

PROGRAM GO GREEN BERSAMA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

ISNIN-SELASA (21-22 MAC 2016)
PISCollage1

Selasa, 22 Mac - Program Go Green bersama Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung selama dua hari iaitu 21-22 Mac 2016. Program bersama komuniti luar ini melibatkan beberapa kelas tingkatan empat iaitu 4sc1, 4sc2, 4st, 4pd1, 4pd2, 4pd3, 4ps1 dan 4ps2. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung. Program di akhiri dengan persembahan pelajar, penyampaian hadiah dan cenderahati oleh Pn. Hjh. Jamiaah binti Kechut, Pengetua SMK Kota Masai.

SOLAT SUNAT GERHANA

RABU, 9 MAC 2016
SolatGerhanaCollage1

Rabu, 9 Mac - Sempena Fenomena Gerhana Matahari Separa yang bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh warga SKOMAS sesi pagi telah dapat menunaikan Solat Sunat Gerhana, Solat Dhuha, Solat Hajat dan bacaan zikir Ratib Al-Attas dengan kerjasama Unit MAKDIS dan Panitia Pendidikan Islam. 

1 2 3 4 17