Kelas KRK Tingkatan 1 dan 2 di Sesi Petang

Pengumuman buat semua ibu bapa pelajar SKOMAS, dinyatakan dari pihak sekolah bahawa semua Kelas Rancangan Khas ( KRK ) Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 tahun 2013 akan bersekolah pada sesi petang sahaja. Sekiranya ibu bapa penjaga ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, tuan puan boleh menghubungi pihak sekolah ataupun terus ke kaunter pertanyaan pada hari pendaftaran. Sekian, terima kasih.

Temasya Balapan & Padang SKOMAS

Pada Hari Sabtu bersamaan 07/07/2012, telah berlangsungnya Acara Temasya Balapan Dan Padang SKOMAS. Majlis ini disiarkan secara langsung ( LIVE STREAMING ) di laman web www.smkkotamasai.com pada SKOMAS TV. Segala perjalanan majlis berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang. Video Rakaman Peristiwa : 1. Perbarisan Unit Beruniform & Rumah Sukan Part 1 2. Perbarisan Unit Beruniform & Rumah Sukan Part 2 3. Persembahan Pelajar Part 1 4. Persembahan Pelajar Part 2 5. Ucapan Perasmian 6. Larian Atlet SKOMAS 7. Upacara Akhir Sukan & Majlis Penutup

Merentas Desa SKOMAS 2012

Alhamdulillah SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah melaksanakan Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah dengan jayanya dan penuh berkat dari Allah s.w.t. Program ini terdiri dari 6 kategori iaitu kategori L13, L15, L18 dan juga P13, P15 dan P18. Jarak bagi peserta lelaki adalah sejauh lebih kurang 8 KM manakala pelajar perempuan pula lebih kurang 4 KM. Video Rakaman Peristiwa : 1. Warming Up di Padang SKOMAS 2. Senam Robik Pelajar SKOMAS 3. Pelepasan Pelajar SKOMAS Merentas Desa 4. Larian Merentas Desa Part 1 5. Larian Merentas Desa Part 2 6. Larian Merentas Desa Part 3 7. Larian Merentas Desa Part 4 8. Penamat Larian Dan Pemenang 9. Penyampaian Hadiah Part 1 10. Penyampaian Hadiah Part 2

Ceramah Israk Mikraj SKOMAS

Pada hari ISNIN ( 18/6/2012) telah berlangsungnya program ceramah israk mikraj untuk pelajar sesi pagi dan petang di dataran terbuka bawah kolong pusat sumber SKOMAS. Program tersebut bertujuan memupuk kesedaran pelajar tentang kisah di sebalik israk mikraj dan penhayatan di sebalik darinya. Alhamdulillah. RAKAMAN PERISTIWA :

Program Bina Sahsiah SKOMAS

Program Bina Sahsiah SKOMAS telah dijalankan selama 3 hari bermula hari JUMAAT ( 15/6/2012) hingga AHAD ( 17/6/2012) yang berlangsung di R&R Kota Minda di Kota Tinggi. Semoga Program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya disiplin dalam hidup para pelajar. RAKAMAN PERISTIWA :  

Perjumpaan Kokurikulum SKOMAS

Pada hari sabtu bersamaan 11 April 2012, telah diadakan Perjumpaan untuk unit Kokurikulum bersama pelajar-pelajar SKOMAS. Pada hari tersebut diadakan 3 perjumpaan badan kokurikulum iaitu pembahagian pelajar kepada SUKAN/PERMAINAN, BADAN BERUNIFORM dan juga KELAB/PERSATUAN. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. RAKAMAN PERISTIWA : Untuk gambar yang lebih banyak..sila layari facebook page SKOMAS THE BEST... Klik Untuk Ke Facebook SKOMAS THE BEST

Mesyuarat Agong PIBG SKOMAS 2012

Alhamdulillah dengan izin Allah, pada hari SABTU bersamaan 24 March 2012, SMK Kota Masai ( SKOMAS ) telah menjalankan Mesyuarat Agong PIBG SKOMAS dengan jayanya yang bertempat di Ruang Legar Bawah Kolong Pusat Sumber SKOMAS dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang. Tahniah di ucapkan kepada Organisasi baru PIBG SKOMAS, semoga dengan persatuan ini dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SKOMAS dari sedi akademik, ko-kurikulum dan juga sahsiah mereka. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Organisasi PIBG SKOMAS 2011 yang telah banyak berusaha membantu dalam menjadikan SKOMAS mencapai satu tahap tinggi dalam semua bidang dan juga menjadikan nama SKOMAS semakin gah di pasir gudang. RAKAMAN PERISTIWA : Untuk gambar yang lebih banyak..sila layari facebook page SKOMAS THE BEST... Klik Untuk Ke Facebook SKOMAS THE BEST
1 20 21 22