MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS, PENGAWAS PSS , MAKDIS & PRS

AHAD, 6 MAC 2016
PengawasCollage1

Ahad, 6 Mac 2016 - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Jawatankuasa MAKDIS dan Pemimpin Rakan Sebaya (PRS)  telah diadakan di Dataran Ilmu SMK Kota Masai. Majlis ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang terpilih untuk menjadi Jawatankuasa Pengawas Sekolah, Pengawas Pusar Sumber, MAKDIS dan Pemimpin Rakan Sebaya (PRS). Penyampaian Watikah ini juga bertujuan memberi motivasi yang membina kepada pelajar - pelajar lain agar mencontohi keperibadian pemimpin pelajar sekolah. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran ASP Preedep A/L Sritharan @ Srigaran, Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Sri Alam.

PELANCARAN BULAN PPDa

AHAD, 3 MAC 2016
ppdaCollage1

Khamis, 3 Mac - Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Dan Pencegahan Dadah telah berlangsung dengan jayanya. Majlis telah di rasmikan oleh Pn. Zarina binti Sanadi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKOMAS. Tujuan pelancaran ini diadakan ialah bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan seluruh warga SKOMAS tentang kesan pengambilan dadah dalam kehidupan. Pelbagai maklumat berkaitan bahaya dan akibat pengambilan dadah juga telah dipaparkan di lorong PPDa bagi panduan seluruh warga SKOMAS. Barisan rakan anti dadah juga telah dilantik di kalangan pelajar bagi menyalurkan maklumat kepada pelajar-pelajar lain agar mereka menjauhi najis dadah.

KEPUTUSAN SPM 2015

KHAMIS, 3 MAC 2016
spmCollage1

Khamis, 3 Mac - Penyerahan Keputusan SPM 2015 telah berlangsung di Ruang Legar Haji Jamaluddin. Pengumuman senarai nama pelajar cemerlang SPM 2015 telah dibuat pada jam 11.00 pagi. Penyampaian slip dan cenderahati daripada pihak sekolah telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Jamiaah binti Kechut, Pengetua SMK Kota Masai. SKOMAS telah berjaya meningkatkan peratus SPM 2015 iaitu 88.42% dengan GPS 5.37. Bagi pelajar aliran sains, seramai sepuluh orang mendapat 5A, tiga orang 6A, dua orang 7A dan seorang berjaya mendapat 10A. Manakala pelajar aliran sastera, seramai tujuh orang 5A, tujuh orang 6A dan empat orang pelajar mendapat keputusan 7A. Tahniah kepada semua pelajar SPM 2015!

PERASMIAN GALERI WARISAN SKOMAS

AHAD, 28 JANUARI 2016
galeriRasmiCollage1

Ahad, 28 Feb - Majlis Perasmian Galeri Warisan SKOMAS telah disempurnakan oleh YB Encik Khoo Soo Seang, Ahli Parlimen Tebrau. Galeri Warisan SKOMAS merupakan hasil cetusan idea Pn. Hjh. Jamiaah binti Kechut, Pengetua SMK Kota Masai dan hasil usaha guru-guru Panitia Sejarah sejak tahun 2014. 

 

PENETAPAN TARGET PELAJAR SPM 2016

AHAD, 21 FEBRUARI 2016
TargetCollage1

Ahad, 21 Feb - Program Penetapan Target & Seminar Keibubapaan bagi pelajar SPM dan PT3 telah berlangsung di Sanggar Ilmu Hj. Jamaluddin, SKOMAS. Kelas yang terlibat dalam program ini didedahkan dengan target/ sasaran yang telah ditetapkan  agar dapat meningkatkan peratus dan GPS sekolah bagi peperiksaan SPM dan PT3 2016. Ceramah keibubapaan juga telah diadakan bagi memberi input yang berguna kepada ibu bapa yang hadir.

 

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKOMAS KALI KE-13

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2016 sukan1Collage1 sukan2Collage1
sukan3Collage1

Khamis, 18 Feb - Kejohanan Balapan dan Padang SKOMAS kali ke 13 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Jamiaah binti Kechut, Pengetua SMK Kota Masai. Dalam kejohanan pada tahun ini, Rumah Jingga telah berjaya mendapat Johan keseluruhan rumah sukan, diikuti Rumah Merah dan Indigo. Bagi hiasan khemah pula, Rumah Biru telah menjadi juara. Perbarisan rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Indigo dan perbarisan unit beruniform dimenangi oleh Pasukan Pengakap Laut. Kejohanan Balapan dan Padang SKOMAS berakhir pada jam 1.00 tengahari.

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SKOMAS BAWAH 18 TAHUN

New_(animated) KHAMIS, 18 FEBRUARI 2016 tahniah
NetballCollage1

Tahniah kepada pasukan bola jaring bawah 18 tahun kerana berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan bola jaring MSSD Pasir Gudang 2016. SKOMAS telah menjadi johan kumpulan A dengan kemenangan 30-3 melawan SMK Puteri Wangsa dan menang 33-16 melawan SMK Taman Daya 2 dalam pertandingan suku akhir. Kemenangan melawan SMK Pasir Gudang 1 di peringkat separuh akhir dengan mata 26-19 telah melayakkan SKOMAS ke peringkat akhir melawan pasukan MRSM. SKOMAS telah mendapat tempat kedua setelah kalah tipis dengan MRSM 29-31.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat! SKOMAS DiHatiku 120px-3D_heart...

1 2 3 4 5 17